Overwatch 2 baru sahaja melancarkan musim keempatnya semalam dan berjanji untuk mengubah meta dan padanan perlawanan.
Blizzard mengatakan penurunan rank setiap musim bakal dibuang untuk musim ini kerana ramai pemain mengadu mereka seolah-olah didenda kerana tidak bermain rank setiap hari.
Tetapi ramai pemain terkejut dengan fungsi baru ini apabila ramai pemain hilang rank mereka walaupun Blizzard mengatakan rank decay (penurunan rank) akan dibuang.
Blizzard juga kini cuma untuk melihat masalah ini dan mengatakan masalah ini sepatutnya sudah dibaiki untuk semua pemain.
This issue is being looked into. Thanks for the report. ^JH
— Blizzard CS – The Americas (@BlizzardCS) April 11, 2023
Ramai pemain berharap Blizzard dapat membaiki masalah ini dan melihat semula masalah penurunan rank ini.