Akaun Facebook Soloz kena hack

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Faris “Soloz” Zakaria tidak asing lagi dalam dunia permainan video di Malaysia.

Baru-baru dia ada berkongsi satu story di Instagramnya mengenai akaun Facebooknya yang sudah digodam.

Melihat kepada laman rasmi Facebook Soloz, banyak video-video siaran langsung lama dan post lama sudah dibuang oleh penggodam itu.

Boleh dikatakan hampir dua tahun video dan gambar di akaun itu sudah hilang.

Dia juga memohon orang ramai dan peminat untuk elakkan dari klik  mana-mana link dari page Soloz.

Soloz juga bakal bertanding untuk MPL MY Musim ke-11 hujung minggu ini.

Harap pihak Facebook dapat mengembalikan semula kesemua posting yang sudah hilang dan juga akaun Soloz ini.

RELATED NEWS

+