Soloz finalis kategori Best National Influencer di KNKV Viral Award 2024

TAHNIAH SOLOZ!

Faris Zakaria atau Soloz kini menjadi pempengaruh (influencer) dari dunia gaming yang berjaya disenarai pendek sebagai finalis bagi kategori Best National Influencer di KNKV Viral Award 2024 yang akan dianjurkan di Zepp, Kuala Lumpur pada 20 Februari ini.

Soloz turut menerima saingan sengit dari pempengaruh pelbagai industri lain seperti Pinn Yang, Sir Asai, Hafiz Mahamad dan Mek Yun.

Malam Anugerah ini akan bersiaran langsung di RTM. Undian sudah pun ditutup dan kita bakal menyaksikan jika Soloz dapat membawa pulang trofi kemenangan.

Info lanjut boleh didapati di laman sosial KNKV di Facebook dan Instagram.
 

RELATED NEWS

+