HomeBois tersingkir di M5

Wakil Malaysia di kejohanan dunia MLBB, M5, HomeBois nampaknya terpaksa mengangkat bendera putih selepas tersingkir di peringkat kumpulan D kerana kekalahan ke atas TheOhioBrothers (TOB) 1-2 hari ini.

Dalam perlawanan di game pertama, HomeBois gagal memanfaatkan draft yang sudah sedia mempunyai kelebihan iaitu Minotaur, Faramis dan Terizla. Chibi yang memainkan Joyy tidak berjaya mendahului Nolan kerana ditewaskan pada awal dengan first blood diperoleh TOB. Perbezaan level sebanyak dua antara jungler ini menyebabkan HomeBois seperti kehilangan momentum dan Turtle.

Mereka kemudiannya terus dihukum di kawasan Lord dan gagal mencuri/mendapatkan sebarang Lord. Ia menyebabkan pasukan TOB terus push dan menamatkan perlawanan.

Di game kedua juga, mereka mempunyai draft yang lebih ke arah objektif namun kekalahan pertama di Lord menyebabkan satu rantaian terjadi di mana strategi mereka dipatahkan satu per satu. Bagaimanapun, mereka berjaya mendapat kelebihan seketika dengan Luminous Lord di minit ke-13.

Lawan dan lawan, HomeBois berjaya menguasai kawasan Lord berulangkali dengan poke oleh Novaria dan seterusnya memaksa Faramis membuka ulti terlebih awal. Meskipun Sepat terkorban banyak kali sebagai Lapu-Lapu namun ia memberi ruang kepada HomeBois menghabiskan nyawa tambahan dari ulti Faramis dan seterusnya mendapatkan Lord.

Di game ketiga, mereka tidak berjaya menewaskan draft yang padu dari TOB. Pasukan Amerika Utara itu menggunakan kombo Angela+Joyy yang sangat menjengkelkan dan Hilda yang sering mengganggu backline HomeBois.

Meskipun Chibi berjaya kunci Zia beberapa kali namun TOB mempunyai banyak peluang untuk menyelamatkannya. Kombo Angela+Joyy memberikan terlalu banyak perisai untuk dileburkan dan Hilda kerap mengacau sehingga Crystal musnah.

Maka dengan ini, berakhirlah perjalanan HomeBois di M5 dan tiada pun wakil Malaysia ke peringkat knockout.

RELATED NEWS

+