Akaun pengumpul skin CSGO terbesar di China diharamkan Valve

Youtuber dan skin trader, Heyzeus baru-baru ini membuat satu ciapan di Twitter mengenai seorang pemain CSGO dari China diharamkan oleh Valve.

QKSS adalah pemain CSGO dari China yang terkenal dengan akaun dalam jutaan AS$ penuh dengan skin-skin CSGO dari Knives, skins dan stickers yang sangat jarang dijumpai.

Menurut Heyzeus, ini bukan pertama kali akaun QKSS diharamkan.

Sebelum ini pada 2018, Valve pernah menggantung akaun QKSS yang bernilai antara AS$200,000 hingga AS$300,000

Selepas akaunnya diharamkan oleh Valve dulu, dia membuat akaun Steam baru dan membeli hampir kesemua skin dan sticker mahal yang dia mahukan.

  • Reason Gaming Holos – Kato 14 – x 17 ($680,000)
  • Vox Eminor Holos – Kato 14 – x 10 ($180,000)
  • Team LDLC Holos – Kato 14 – x 8  ($160,000)
  • iBuyPower Holo – Kato 14 – x 1
  • Clan Mystik Holos – Kato 14 – x 4

Setakat ini, masih pelik kenapa Valve mahu menghalang QKSS dari menjual atau membeli skins CSGO.

Tetapi Valve juga pernah menarik balik semula pengharaman akaun CSGO namun QKSS masih belum mendapat apa-apa maklumat dari Valve.

RELATED NEWS

+