Beberapa hari lepas, satu pasukan overclocking berjaya membuat cip Intel Core i9-14900KF overclock sehingga rekod dunia 9043.9 MHz.
Mereka bergabung dengan Intel untuk overclock cip baharu itu.
Semasa overclock, mereka itu melancarkan Counter-Strike 2 dan permainan itu mendapat kenaikan kadar bingkai sehingga 1,310 FPS.
Pasukan yang sama juga membuat rekod dunia kedua dengan menaikkan tahap modul memori Gigabyte DDR5-8333 16GB ke DDR5-11618.
Mungkin pada masa hadapan nanti pemproses dan cip baharu membolehkan rekod ini dipecahkan lagi.