Dua pemain Counter Strike: Global Offensive (CS:GO) kelahiran Malaysia, Ramona Azween dan Sabrina akan bertanding di Liga ESL Impact Musim Kedua peringkat akhir yang akan berlangsung di Jönköping, Sweden pada 25 November hingga 27 November ini.
Ramona dan Sabrina akan bertanding dalam pasukan HSG fe yang turut dianggotai dua pemain China, XiaoWu dan Hffo serta Hazel dari Hong Kong. Mereka sudah pun selamat tiba di negara Nordic itu, semalam.
Pertandingan ini mengumpulkan hadiah terkumpul AS$123,000 (RM563,000) bakal direbut tujuh pasukan lain yang melepasi kelayakan dari pelbagai rantau.
HSG fe sebelum ini memenangi pusingan kelayakan terbuka Asia untuk mara ke kejohanan ini.
Dapatkan info lanjut di hltv.org
Foto: IG @ramonaazween