Strimer terkenal Twitch Kaitlyn ‘Amouranth’ Siragusa mendedahkan dia sebenarnya sudah berkahwin dan kini menghadapi penderaan mental dan fizikal dari suaminya.
Semua ini didedahkan ketika penstriman dia di Twitch 15 Oktober lepas.
Amourant merupakan salah satu personaliti internet paling besar dengan ribuan penonton di kategori JustChatting dan permainan video di Twitch.
Pada 15 Oktober lepas, Siragusa telah membuat satu penstriman yang sangat menggusarkan dan memberitahu dia sedang berada dalam perkahwinan yang sangat toksik.
Strimer tersebut juga memberitahu penonton mengenai semua penderaan yang telah dihadapi olehnya.
Dia juga ada membuat beberapa pertuduhan terhadap suaminya di mana suaminya mahu membunuh anjingnya, mengawal semua kewangannya, dan memaksa dia untuk strim.
Suaminya juga turut mengatakan untuk meninggalkan dia dengan duit yang sedikit sahaja.
Satu klip juga menunjukkan suaminya mahu dia keluar daripada rumah.
Amouranth has revealed that she has a husband, along with revealing his abuse
He has threatened to kill her dogs, take all their money, and forced her to stream.
(1/4) pic.twitter.com/9tdL0S3Udd
— GUARD Hunter (@HUN2R) October 16, 2022
Klip kedua menunjukkan satu petikan mesej dari suaminya.
Dalam mesej tersebut, Amouranth dicaci dan diugut secara berterusan.
Dalam strim tersebut dia juga mengatakan suaminya yang menyuruh dan memaksa dia membina empayar penstriman terutamanya strim hot tub.
Dia tidak pernah memberitahu status perkahwinannya kerana ini akan merosakkan model perniagaan mereka.
Paling menakutkan strim tersebut habis dengan seorang wanita yang mengatakan dia memerlukan medikasi.
Ramai peminat dan rakan risau dengan Siragusa dan ramai juga memuji kerana berkongsi mengenai perkara ini.
Jika anda menghadapi keganasan rumah tangga anda boleh melaporkan kejadian terhadapnya ke:
- Balai Polis yang berhampiran atau pengaduan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan yang berhampiran;
- Menghubungi talian Teledera 1 800 88 3040;
- Merujuk terus ke hospital yang berhampiran sekiranya dicederakan