Pelantar Stream baru Kick – Lawan baru Twitch, FB dan Youtube?

Twitch, Facebook Gaming dan Youtube Gaming masih belum mempunyai  selama ini masih belum mempunyai lawan yang cukup besar untuk mengalahkan mereka.

Trainwreck joins Kick as a non-owner advisor and non-exclusive broadcaster.

Tiga pelantar strim besar ini mendominasi dunia (luar daripada China) dalam dunia penstriman.

Selepas jatuhnya Mixer mungkin Kick mahu membawa nafas baru.

Kick mempunyai susun atur yang sama seakan-akan Twitch.

Kick memberi fokus kepada pelantar yang mesra pengguna dan sudah semestinya mempunyai polisi yang lebih baik terutamanya untuk penstrimer kecil.

Tiga perkara yang menjadi fokus Kick:

1. Pembahagian 95/5 pelanggan

Di Kick, semua orang kini mempunyai butang subskripsi dan segala pendapatan akan dibahagikan sebanyak 95/5 di mana 95% pendapatan akan terus kepada streamer dan Kick hanya mengambil 5% sahaja.

Jauh berbeza dengan Youtube 70-30 dan Twitch 50-50.

2.Tips akan terus kepada streamer

Tips diberi gelaran “kicks” dan akan diberikan secara 100% kepada mana-mana streamer dan mereka boleh mengeluarkan duit tersebut pada hari yang sama.

3.Model program Creator baharu

Trainwreck memberi penjelasan Kick akan menggunakan inovasi baru khas untuk pencipta kandungan yang memberi streamer ganjaran lain dari pelantar lain.

“Kami akan memberikan kuasa penuh ke tangan streamer jika mereka mahu eksklusif atau tidak. Jika anda mahukan eksklusif, kami akan memberi anda pilihan pembayaran tambahan melalui program Creator kami.”

4.Peraturan yang jelas

Twitch sangat dikenali dengan penharaman yang tidak masuk akal.

Sesetengah streamer akan diharamkan tanpa apa-apa sebab yang kukuh.

Trainwreck memberi penjelasan Kick akan mempunyai terma dan syarat yang jelas termasuk peraturan berjudi.

Kick masih lagi dalam fasa beta dan pembinaan.

“Jika anda streamer yang membaca ini, beri masa setahun untuk Kick membina. Anda boleh lihat jika pembinaan Kick sesuai untuk anda. Kemudian anda boleh membuat keputusan jika Kick adalah pelantar untuk anda.” tambah Trainwreck lagi.

Anda boleh membawa banyak lagi maklumat di Twitlonger yang dibuat oleh Trainwrecks.

Anda boleh melayari kick.com untuk melihat pelantar stream baharu ini.

RELATED NEWS

+