Amouranth meminta Twitch mendedahkan punca streamer digantung

Penstrim wanita terbaik Twitch, Kaitlyn Siragusa, atau lebih dikenali sebagai Amouranth meminta agar Twitch mendedahkan sebab-sebab seseorang penstrim digantung di pelantar itu atas beberapa sebab.

Ikutan amaran serta gantungan yang terlalu banyak disebabkan larangan DMCA yang menggantung ramai ikon seperti Pokimane, DisguisedToast dan beberapa lagi, Twitch tidak menjelaskan sebab-sebab tindakan itu diambil. Ia menjadi tanggungjawab penstrim untuk menjelaskan apa yang berlaku.

Menurut Amouranth, Twitch tidak menjelaskan punca gantungan agar dapat mengelakkan tanggungjawab atau kesilapan yang berlaku atas sesuatu gantungan.

Amouranth juga berkongsi bahawa beliau cuba mencari kesalahan yang dilakukanmya berikutan gantungan Twitch tahun lalu, dan beliau tidak pernah dimaklumkan tentang kesilapannya itu.

Beliau bersangka bahawa aktiviti di strim beliau menyumbang kepada gantungan itu. Tetapi, beliau berkata ia adalah ironik kerana permainan-permainan yang disiarkan di Twitch juga mempunyai elemen-elemen mengghairahkan.

Kata Siragusa, “Dead Or Alive mempunyai wanita berbikini, GTA ada penari mengghairahkan dan ia tidak menjadi masalah,”

“Ia menjadi masalah apabila terdapat wanita sebenar dan kami tidak dapat menerima seksualti kami,” sambungnya lagi.

Namun, isu Twitch ini mungkin tidak akan menolak beliau keluar dari pelantar itu.

Sumber rujukan: Dexerto

RELATED NEWS

+