Twitch kini mengharamkan perjudian tidak berlesen selepas streamers mahu mogok

Perjudian di Twitch sentiasa menjadi bualan hangat dalam kalangan komuniti dan ramai yang menolaknya termasuklah streamer sendiri.

Salah seorang dari mereka yang bertaruh, Félix “xQc” Lengyel memenangi AS$685 juta dengan pelbagai taruhan dibuat.

Sebelum ini, xQc dan Ludwig ingin membantu mereka yang ditipu dan mendapatkan balik duit mereka tapi penipuan ini membuatkan sesetengah streamer mahu mogok dengan Twitch jika isu ini tidak selesai di platform itu.

Twitch dalam kenyataan rasmi mengatakan kandungan perjudian/pertaruhan di Twitch akan dikekang. Bermula 18 Oktober, mana-mana laman web perjudian yang termasuk slot, roulette dan permainan dadu yang tidak berlesen di Amerika Syarikat ataupun yang tidak menawarkan perlindungan cukup kepada pengguna tidak akan dibenarkan.

Stake, Rollbit, Duelbits dan Roobet adalah empat laman web yang disasarkan. Bagaimanapun, pertaruhan dalam Sukan, sukan fantasi dan poker terus dibenarkan.

Mereka juga akan kemaskini peraturan perjudian di Twitch bermula 18 Oktober ini juga. Selain perjudian, strim Hot Tub juga menjadi perdebatan dalam kalangan komuniti yang mahu kandungan itu dipadamkan.

Sumber: AFK Gaming

RELATED NEWS

+