Pokimane digantung buat kali pertama di Twitch

Penstrim terkenal, Imane ‘Pokimane’ Anys, menerima gantungan pertama daripada platform utamanya Twitch.

Keputusan daripada Twitch untuk menggantung beliau muncul selepas Pokimane memilih untuk menguji ‘meta’ baharu di tapak, yang hanya melibatkan menonton rancangan TV.

Ini melanggar Digital Millennium Copyright Act (DMCA).

Pokimane menganjurkan strim langsung selama 10 jam di saluran Twitchnya di mana beliau dan penontonnya menonton episod Avatar: The Last Airbender.

Strim itu sendiri yang memaparkan episod Avatar ini sudah ditapis supaya sebarang bantahan hak cipta berpotensi dapat dielakkan.

Sewaktu penulisan ini, akaun Twitch Pokimane sudah dikembalikan dan gantungan itu adalah sekadar gantungan sementara. 

Meta baharu ini juga tidak berakhir dengan baik untuk beberapa penstrim lain seperti HasanAbi di mana beliau juga menerima amaran DMCA selepas menayangkan rancangan TV seperti MasterChef.

Nampaknya ‘meta’ baharu ini tidak tahan lama, dan menayangkan rancangan TV yang dilindungi secara terbuka dan besar-besaran pasti akan datang dengan akibat.

Twitch perlulah menjalankan tanggungjawab dan meletakkan had yang jelas kepada aktiviti-aktiviti yang mungkin merosakkan imej platform itu.

Sumber rujukan: USA Today

RELATED NEWS

+