Amoux nak keluar Geek Fam?

Jurulatih Geek Fam Mobile Legends, Ariff Iswandi (Amoux) seperti memberi bayangan dia akan berhijrah ke pasukan lain.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Amoux menulis “Looking For Team” yang bermaksud mencari pasukan baru.

Amoux seperti terbuka dengan mana-mana negara yang mempunyai pasukan MLBB seperti dimaksudkan dalam IG story miliknya.

Malah, dia juga meminta pihak yang berminat dengan khidmatnya untuk menghubunginya.

Amoux ketika dihubungi juga mengesahkan berita itu.

Sebelum ini, Amoux pernah jadi jurulatih Todak, Bigetron Alpha dan kini kembali ke Geek Fam selepas keluar dari pasukan itu sejurus selesai MPL MYSG musim ketiga.

Jurulatih dari Singapura ini juga pernah membantu Todak mendapat tempat ketiga di kejohanan dunia MLBB, M1.

Bagi MPL MY musim kesepuluh, Geek Fam mungkin perlu bermain di pusingan kelayakan kembali jika diikutkan format MPL sebelumnya.

Format itu mengatakan dua pasukan tercorot tidak akan dijemput ke musim liga bagi musim seterusnya.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+