Ana mungkin kembali ke Dota 2 kompetitif di pasukan SEA?

TNC Predator adalah pasukan Dota 2 Filipina yang disegani ramai. Diketuai oleh Febby dari Korea Selatan, pasukan ini antara pasukan yang menyertai DPC SEA 2021/22 Tour 1: Division I. Namun pasukan itu gagal untuk melayakkan diri malah direlegasikan ke Division II selepas tewas 6 kali dari 7 perlawanan.

Tamatnya DPC SEA Tour 1 ini menandakan permulaan pasukan dalam mengubah langkah masing-masing untuk memperkukuh barisan pemain.

Menurut Febby, terdapat pelbagai perubahan yang bakal berlangsung di arena kompetitif Dota 2 SEA.

“Antara pasukan yang akan mengalami perubahan adalah BOOM Esports, T1 dan Motivate.Trust Gaming,” kata Febby.

Selain itu, beliau juga memberi petunjuk bahawa salah satu pemain terbaik di dunia, Ana, akan kembali.

Anathan ‘ana’ Pham adalah pemain Dota 2 profesional Australia yang kali terakhir bermain untuk pasukan OG. Beliau mengumumkan persaraannya daripada kancah persaingan pada 14 Jun 2021.

 Selepas meninggalkan permainan , ana mula bermain banyak pub semula sejak beberapa bulan lalu. Malah, aktiviti ini telah menyaksikan peningkatan yang ketara pada minggu lalu. Pemain yang bersara itu sudah bermain 120 permainan dalam lapan hari yang lalu menurut Dota 2 Pro Tracker, iaitu purata 15 permainan sehari.

Dengan perubahan ini, arena kompetitif Dota 2 SEA akan menjadi makin mantap dengan pemain-pemain berkaliber seperti ana.

Sumber rujukan: AFK Gaming

RELATED NEWS

+