The International 2024 akan diadakan di Copenhagen, Denmark

Selepas diadakan di Seattle, Washington, Amerika Syarikat pada tahun lepas, kali ini kejohanan dunia Dota 2, The International 2024 akan kembali ke Eropah pula iaitu di Copenhagen, Denmark pada September ini.

Sebanyak 16 pasukan akan berentap melalui pusingan kelayakan dan ada juga yang akan mendapat jemputan terus.

Bukan itu saja, Valve juga mengumumkan terdapat pelbagai kejohanan berprestij (Major) yang akan dianjurkan pada tahun ini, membawa kepada The International.

Sebagai contoh, ESL One Birmingham akan diadakan pada April diikuti oleh PGL Wallachia musim pertama dan DreamLeague musim 23 pada Mei dan Riyadh Masters pada Julai.

Buat masa ini, mereka belum mengumumkan bagaimana hadiah wang tunai terkumpul The International 2024 akan dikumpulkan, sama ada dalam bentuk crowdfunding atau apa kerana Battle Pass sudah ditamatkan dan mereka juga umum Dota Pro Circuit sudah berakhir.

RELATED NEWS

+