Anda kini boleh membeli tiket Kejohanan Dunia M4 MLBB

Tiket Kejohanan Dunia M4 Mobile Legends kini dibuka untuk dibeli dengan harga bermula dengan IDR30,000 (RM10) untuk peringkat kumpulan.

Manakala untuk peringkat kalah mati, harga tiket akan bermula dengan harga IDR40,000 (RM12) dan akan terus meningkat kepada IDR80,000 (RM24) untuk peringkat grand final.

Bagi mereka yang membeli tiket pada 19-23 Oktober ini, diskaun sebanyak 30% akan diberikan manakala anda akan memperolehi diskaun early bird sebanyak 20% jika membeli tiket selepas 23 Oktober. Promosi ini akan berakhir pada 7 Disember.

Peringkat kumpulan Kejohanan Dunia M4 akan bertempat di XO Hall untuk peringkat kumpulan manakala peringkat kalah mati akan ditempatkan di Istora Senayan.

Adakah anda sudah membeli tiket untuk menyaksikan Kejohanan Dunia M4 yang diadakan di Jakarta, Indonesa nanti?

Kejohanan Dunia M4 mengumpulkan 16 pasukan dari seluruh dunia untuk merebut gelaran juara serta wang hadiah lumayan.

RELATED NEWS

+