Anime Jujutsu Kaisen akan diteruskan dengan musim ketiga

Jujutsu Kaisen baru saja mengakhiri musim kedua yang panjang. Namun, berita baik buat peminat kerana musim ketiga sudah pun dalam pembikinan.

MAPPA meletakkan satu video acah yang menunjukkan perlawanan antara Yuji Itadori dan Yuta Okkotsu yang dikenali dalam filem Jujutsu Kaisen 0. Anda perlu menonton filem ini bagi memahami karakter Yuta yang juga saudara ‘jauh’ Gojo dan boleh meniru teknik Sorcerer lain. Kuasa ini menyebabkan Yuta dikenali sebagai Sorcerer yang hebat.

Musim ketiga akan mengisahkan mengenai Yuta yang kembali ke Jepun selepas ditugaskan membunuh Yuji. Tapi kemudiannya karakter-karakter lain dan duo ini akan dimasukkan ke dalam Culling Game, yang mana peserta akan dapat mata dengan membunuh pemain lain menggunakan sorcery.

Karakter baharu akan diperkenalkan dengan kuasa mereka tersendiri dan babak The Culling Game ini mempunyai 63 babak dalam manga. Pastinya ini akan menjadi musim yang hebat selepas penceritaan Shibuya Incident.

Buat masa ini belum ada tarikh bila musim baharu ini akan ditayangkan.

RELATED NEWS

+