Apex Legends Global Series ditangguhkan kerana konflik Ukraine-Rusia

Disebabkan oleh peningkatan krisis di Ukraine, Apex Legends Global Series (ALGS) mengumumkan bahawa ia menghentikan semua perlawanan ALGS sehingga diberitahu kelak pada hari Khamis.

Keputusan ini dibuat selepas VALORANT juga memutuskan untuk menangguhkan perlawanan liga Eropah, Timur Tengah dan Afrika yang akan datang kerana konflik yang semakin meningkat antara Rusia dan Ukraine. Namun, acara lain seperti IEM Katowice, akan diteruskan.

“Memandangkan peristiwa yang berlaku di Ukraine, kami menghentikan semua perlawanan ALGS. Kami akan memberikan maklumat terkini bila kejohanan akan disambung secepat mungkin,” tulis akaun Twitter ALGS pada hari Khamis.

Pengumuman ini adalah secara tiba-tiba dan berkemungkinan menjejaskan rancangan banyak pasukan untuk hujung minggu mereka dan musim Split 2 yang akan datang. Namun, ramai permain menyuarakan sokongan mereka terhadap keputusan ALGS di Twitter.

Pada masa ini, tiada maklumat lanjut mengenai bila pertandingan ALGS akan disambung semula. Liga akan mengumumkan apabila terdapat kemas kini.

Sumber rujukan: Dotesports

RELATED NEWS

+