Apex Legends Kumpul 25 Juta Pemain Berdaftar Dalam Masa Seminggu

Apex Legends adalah permainan Battle Royale percuma dari pencipta Titanfall dan disebabkan status percuma itu jugalah ada seramai 25 juta pemain mendaftarkan diri hanya seminggu selepas dilancarkan.

Ia menunjukkan bagaimana permainan ini menjadi popular dalam masa sangat sekejap! 

Baca lanjut: Apex Legends kumpul seramai 200,000 penonton di Twitch

Jika dibandingkan dengan Fortnite, ia lebih cepat yang mana Fortnite mempunyai 45 juta pemain berdaftar hanya selepas empat bulan berada di pasaran.

Fortnite juga mencatatkan lebih 200 juta pemain pada November tahun lepas kerana dikeluarkan di platform peranti pintar dan fungsi cross-platform

Terdapat banyak pelan lain untuk Apex Legends ini antaranya, kejohanan e-sukan, loot drop untuk Hari Kekasih dan musim pertama yang akan bermula dengan pelancaran langganan battle pass pada Mac.

Sumber: TheVerge

RELATED NEWS

+