Free Fire: Geek Fam garang di aksi pembuka tirai FFCS

Artikel ini ditulis oleh Firas Aliyan.

Siri Cabaran Free Fire (FFCS) musim kedua membuka tirai pada hari ini. Pasukan Geek Fam muncul pendahulu carta hari pertama bagi minggu pertama dengan 151 mata keseluruhan dan mengaut dua Booyah. 

Meskipun berwajah baharu dengan kemasukan tiga pemain, Rajaa dari WNL dan Fenix dari Blacklist International, tetapi perkara itu tidak langsung merencatkan percaturan mereka.

Pasukan itu tidak menunggu lama untuk ‘tunjuk taring’ apabila meraih Booyah pertama dan mengumpul lima mata bunuh pada pusingan pertama peta Bermuda.

Booyah kedua dicatatkan oleh pasukan itu pada pusingan kelima peta Bermuda dengan 11 mata bunuh. 

Konsistensi yang ditunjukkan Geek Fam juga tidak boleh disangkal kerana mengutip 18 mata purata setiap pusingan yang meletakkan pasukan itu kukuh di persada liga.

Satu kelebihan juga buat pasukan yang berada di kumpulan A kerana bermain lapan pusingan berbanding kumpulan B dan C kerana hanya bermain empat pusingan.

 Kumpulan A

  • Diversity Gaming (KH)
  • EWG (MY)
  • WatchNLearn (MY)
  • Geek Fam (MY)
  • Bloody Head (PH)
  • Axis Esports (MY)

Kumpulan B

  • Todak (MY)
  • K9 Esports (PH)
  • Team Princess (MY)
  • AKO Khmer (KH)
  • Orange Esports (MY)
  • X-Men Akatsuki (MY)

Kumpulan C

  • Neverstop (LK)
  • Anxiety (PH)
  • Orv Esports (MY)
  • Archangels (LK)
  • Noxscape (MY)
  • Farang Esports (MY)

Kejohanan ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM130,000 dan penyertaan sebanyak 18 pasukan dari empat buah negara. Jangan lupa saksikan aksi pertarungan di Facebook/Youtube rasmi Garena Free Fire setiap Sabtu dan Ahad pada 2 hingga 31 Julai ini.

RELATED NEWS

+