masa berehat selepas Assassin’s Creed Origins."> masa berehat selepas Assassin’s Creed Origins." /> masa berehat selepas Assassin’s Creed Origins." />

Assassin’s Creed 3 Remastered Akan Dilancarkan Bersama Season Pass Assassin’s Creed Odyssey

Sebelum ini, Ubisoft kata siri Assassin’s Creed akan mengambil masa berehat selepas Assassin’s Creed Origins.

Rupa-rupanya, Ubisoft mengumumkan Assassin’s Creed 3 Remastered dalam pelan jangka panjang selepas pelancaran Assassin’s Creed Odyssey.

Versi remastered Assassin’s Creed 3 akan mempamerkan grafik cemerlang dan penambahbaikan kawalan gameplay lebih bagus.

Assassin’s Creed 3 merupakan game keempat dalam siri Assassin’s Creed yang dikeluarkan pada tahun 2012. Assassin’s Creed 3 menampilkan pengenalan pertama untuk Assassin berketurunan orang asli Amerika bernama Connor Kenway dan menandakan pengakhiran jalan cerita untuk Assassin dunia moden, Desmond Miles.

Ubisoft turut sertakan Assassin’s Creed 3 Remastered ke dalam Season Pass untuk Assassin’s Creed Odyssey.

Walaupun Assassin’s Creed Odyssey mengambil masa agak panjang untuk main, Season Pass akan memberikan 2 Story Arc baru yang membawa kelainan kerana ini merupakan pertama kali Ubisoft mengeluarkan kandungan tambahan dalam format episodik.

Story Arc pertama berjudul Legacy of the First Blade di mana pemain bermain sebagai hero pilihan korang sama ada Kassandra atau Alexios berjumpa Assassin pertama yang menghunus senjata ikonik Hidden Blade (spoiler alert: bukan Bayek) sambil mempelajari titik permulaan Assassin Brotherhood.

Story Arc kedua berjudul The Fate of Atlantis memfokuskan kepada mitos Greek paling dikenali ramai iaitu pemain akan mengembara ke  pulau Atlantis yang hilang tenggelam ke dasar laut.

Setiap Story Arc mempunyai 3 episod yang akan dilancarkan secara berkala bermula dengan Story Arc pertama pada bulan Disember 2018 manakala Story Arc kedua menyusul selepas itu.

Dalam erti kata lain, Assassin’s Creed 3 Remastered juga lengkap dengan semua DLC iaitu Benedict Arnold Missions, Hidden Secrets, Tyranny of King George. Assassin’s Creed 3 boleh didapatkan secara berasingan untuk PC, Xbox One dan PS4 pada Mac 2019.

Bukan itu sahaja, pemilik Season Pass diberikan Assassin’s Creed 3: Liberation Remastered yang pernah dilancarkan untuk PlayStation Portable (PSP).

Assassin’s Creed Odyssey bakal dilancarkan untuk PC, Xbox One dan PS4 pada 5 Oktober 2018.

Sumber: Gamespot

RELATED NEWS

+