Ubisoft ubah tarikh pelancaran Rainbow Six Extraction ke 20 Januari

Rainbow Six Extraction sebelum ini diumumkan melalui acara E3 akan dilancarkan pada 16 September tahun ini sebelum ia ditangguhkan akan dilancarkan pada Januari 2022.

Ubisoft dikatakan secara senyap melalui tulisan blog mereka yang telah dikemaskini, menyatakan tarikh pelancaran Rainbow Six Extraction akan dilancarkan pada 20 Januari tahun depan. 

Buat masa ini masih tiada pengumuman rasmi oleh pihak Ubisoft.

Rainbow Six Extraction adalah permainan penembak kerjasama tiga pemain untuk menentang zombie makhluk asing. Ianya masih menggunakan operator daripada Rainbow Six di mana tugasan pemain adalah untuk menghapuskan parasit alien di seluruh 12 peta Amerika Syarikat. 

Rainbow SiX Extraction akan dilancarkan untuk platform Xbox Series X|S, Xbox One, PlayStation 5, PlayStation 4 dan PC melalui Ubisoft Store dan Stadia. 

Sumber: PC Gamer.

RELATED NEWS

+