Aulus, salah satu hero Jungler Glass Cannon terbaik setakat ini

Jika kita melihat pada sejarah pengeluaran hero baru dari Mobile Legends, kebanyakannya berstatus overpowered. 

Hero ini akan dipakai oleh ramai pemain dan akan diturunkan kekuatannya selepas beberapa kemaskini yang akan dilancarkan tidak lama selepas itu. Aulus juga tidak terkecuali dari perkara ini, ia sering digunakan di dalam MPL dan menjadi salah satu jungler yang terbaik setakat ini. 

FIGHTING SPIRIT

Pasif Aulus yang sangat berguna untuk bergerak di dalam peta untuk melakukan rotasi dan farming. Apabila ia sudah mencapai empat kali stack, Aulus akan mendapat kelebihan pergerakan kelajuan dan tambahan damage serta physical penetration. Ianya adalah salah satu pasif yang terbaik di dalam permainan setakat ini, ibarat anda akan mendapat satu barang war axe percuma di dalam minit awal permainan.

KAWALAN PETA

Berlandaskan pasif yang overpowered dan ditambah lagi dengan kemahiran pertamanya, Aulus mampu bergerak di dalam peta dengan sangat pantas.

Kemahiran pertamanya akan memberikan kelajuan dan ia akan mendapat kelebihan pergerakan kelajuan sebanyak 55% selepas kemahiran itu dimaksimumkan. Bukan itu sahaja, Aulus juga akan mendapat menggunakan kemahiran itu untuk melarikan diri dengan pasif 30% damage reduction.

FARMING MACHINE

Aulus boleh dikatakan salah satu hero yang dapat melakukan farming dengan pantas pada minit awal permainan. Kemahiran kedua the power of axe di mana Aulus mengetuk tanah dan mengeluarkan shockwave berbentuk tiga segi.

Selepas menggunakan kemahiran itu, Aulus akan mendapat 140% kelajuan attack dan mendapat 15% nyawa (HP) dengan 2 kali pukulan. Kemahiran ini sangat berguna untuk Aulus meningkatkan kembali HP yang sudah hilang di dalam pertempuran dan memberikan damage yang tinggi kepada musuh.

GLASS CANNON 

Ini yang paling menarik sekali, Aulus akan menjadi salah satu hero yang mengeluarkan burst damage yang sangat tinggi apabila sudah mencapai level 12. Kemahiran ultimate, Undying Fury memberikan kelebihan kekuatan yang baru setiap kali kemahiran itu dipertingkatkan.

Pada level pertama, Aulus akan mendapat kelebihan attack damage sebanyak 35, physical life steal sebanyak 15% di level 2. Pada level terakhir pula, Aulus akan mendapat attack range sebanyak 65% dan kemahiran kedua akan dapat ditambahkan range.

Selain itu, apabila Aulus melepaskan Undying Fury, ia akan menghentak permukaan tanah dan mengeluarkan percikan api bagi memperlahan gerakan musuh dan memberikan damage over time kepada musuh. Ia sangat berguna di dalam perlawanan berskala besar dan mengejar musuh.

Ditambah dengan barang war axe dan windtalker, pergerakan Aulus menjadi sangat pantas dan mampu melakukan rotasi dengan begitu cepat sekali. Ia akan dapat berlawan dengan 3 hero sekaligus jika sudah mencapai level 12.

Aoe (Area of effect) attack hero ini sangat besar dan anda boleh memberikan burst damage kepada pihak musuh dengan sekelip mata. Jika anda masih belum menggunakan hero ini, inilah peluang anda untuk menggunakannya dan rasai sendiri pengalaman memberikan burst damage yang tinggi kepada musuh.

Foto: T4NZU (Deviantart), Mobile Legends: Bang Bang

RELATED NEWS

+