Bake ‘n Switch, permainan buatan Malaysia ditayangkan di Skrin Mega Times Square!

Melalui sebuah kerjasama Streamline Media Group bersama Genvid, Intel dan Outfront Media, studio yang berpangkalan di Kuala Lumpur itu berjaya memaparkan permainan buatan mereka, Bake ‘n Switch di Skrin Mega, Times Square, New York!

Melalui tayang ujian selama dua hari iaitu pada 8 hingga 9 September, ia untuk mempamerkan potensi permainan berbilang platform buatan Streamline, Bake ‘n Switch, sebagai sebuah permainan di dalam kategori baru iaitu “mobile crowd gaming.”

Hal ini di mana, mereka yang mengunjungi Times Square akan diperlihatkan satu kod QR pada Skrin Mega itu. Sesiapa yang mengimbas kod QR itu akan diberi akses terus untuk sertai sebuah strim penuh interaktif, dengan sokongan sambungan hotspot 5G.

Tujuan utama projek ini adalah untuk menunjukkan bahawa mereka boleh bermain permainan ini tanpa memerlukan proses muat turun dan pemasangan perisian pada peranti untuk anda bermain.

“Streamline akan terus bekerja dengan projek dan kerjasama yang akan memajukan industri permainan,” kata Alexander Fernandez, CEO dan Pengasas Bersama Streamline Media Group.

“Kami percaya transformasi digital bagi bisnes dan industri ini akan membawa pelbagai manfaat untuk teknologi dan kecekapan sebuah permainan video. Streamline akan terus bersedia dan mampu untuk berinovasi pengalaman pengguna global dengan rakan kongsi yang berfikiran ke hadapan.”

Tambahan pula, dengan kemajuan teknologi 5G yang semakin membangun, ia juga cukup membantu dalam memudahkan proses promosi, memberi kandungan yang boleh dinikmati terus oleh pengguna.

Melalui projek ini ia merupakan salah satu langkah untuk mempertingkatkan lagi transformasi digital bagi bisnes, kreativiti dan penyertaan pengguna.

Streamline Media Group merupakan pasukan yang diuruskan boleh pasukan kelas dunia, untuk memberikan solusi permainan kelas dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai projek yang dilaksanakan oleh Streamline dan permainan di dalam Metaverse, sila layari laman mereka di SINI

RELATED NEWS

+