Beat Saber Bakal Dilancarkan Di PlayStation VR Bersama Lagu Eksklusif

Demam Beat Saber menular ke PlayStation VR pula!

Beat Saber adalah sebuah game VR yang memerlukan koordinasi tangan, mata dan badan untuk cincang mengikut arah not muzik yang menuju ke arah pemain. Sebelum ini, game ini dikeluarkan di Steam (PC) dalam bentuk Early Access pada bulan Mei lalu.

Versi PlayStation VR mengekalkan Beat Saber dalam PC dan juga memberi kandungan baru seperti lima lagu eksklusif daripada Beat Saber’s Original Game Soundtrack, Practice Mode dan kempen khas PlayStation VR.

Bukan itu sahaja, Beat Games menjanjikan Expansion Pack dengan 10 lagu baru juga akan dikeluarkan beberapa hari selepas tarikh pelancaran. Beat Saber akan dilancarkan di PS4 pada 20 November ini. 

Sumber: PlayStation Blog

RELATED NEWS

+