Banyak sebenarnya berita-berita pelik dalam dunia gaming yang berlaku.
Ada yang sudah lama dan ada yang membuat kemunculan semula.
Kenapa hal-hal seperti ini wujud masih lagi menjadi tanda tanya.
1. Kemunculan video karakter Nintendo bergusti
Tahun 1999 adalah tahun yang pelik untuk Nintendo.
Nintendo pada tahun itu pernah menganjurkan Slamfest ’99 dimana individu berpakaian karakter-karakter dari Nintendo bertarung dan bergusti di dalam gelangang.
Anda boleh melihat Mario, Pikachu, Donkey Kong dan Yoshi bergusti.
Siapa sangka perkara seperti ini muncul semula selepas berdekad.
2. AMD tidak mahu hantarkan lebih stok mereka
AMD bulan lepas mengeluarkan kenyataan mereka ingin mengurangkan penghantaran CPU dan GPU mereka untuk mengimbang semula permintaan.
Lebih mengejutkan hal ini sebenarnya dibuat untuk mengekalkan harga yang tinggi.
Pada awal berlakunya pandemik banyak harga barang-barang komputer menjadi mahal tetapi syarikat-syarikat ini bukan dalam kerugian sebaliknya dalam keuntungan.
Mungkin syarikat-syarikat ini patut mengeluarkan stok mereka supaya harga lebih murah?
3. Penjualan source code League of Legends di pasaran gelap
Earlier this week, systems in our development environment were compromised via a social engineering attack. We don’t have all the answers right now, but we wanted to communicate early and let you know there is no indication that player data or personal information was obtained.
— Riot Games (@riotgames) January 20, 2023
Seorang penggodam League of Legends berjaya menggodam dan mencuri sumber kod permainan video itu.
Dia kemudiannya mahu menjual kod itu dengan harga RM2.8 juta.
Penggodam itu juga berjaya mencuri kod untuk anti-cheat di mana jika orang lain berjaya mendapatkan kod ini, ramai orang yang berkemampuan boleh menggodam League of Legends.
4. Tidak boleh saman Nintendo
Nintendo baru-baru ini memenangi satu kes mahkamah mengenai joycon drift yang sentiasa menjadi masalah untuk para pengguna Nintendo Switch.
Sebagai seorang pengguna anda berhak untuk menyaman mana-mana syarikat jika syarikat itu sengaja untuk tidak menaik taraf sesuatu produk.
Namun tidak untuk Nintendo sebab mereka berjaya memenangi kes mahkamah ini hanya disebabkan perjanjian akhir lesen pengguna (EULA) dari Nintendo.
EULA mengatakan kanak-kanak tidak boleh saman dan mahkamah mengatakan ibubapa adalah pemilik sebenar Nintendo Switch itu.
Akhir kata, dalam perjanjian itu mengatakan pengguna produk Nintendo Switch tidak boleh menyaman Nintendo kerana persetujuan EULA.
Apa lagi berita-berita pelik yang anda tahu berlaku baru-baru ini?