Project L kini digelar 2XKO – Permainan video berlawan dari dunia League of Legends

Riot Games akan melancarkan permainan video berlawan 2 lawan 2 yang digelar Project L.

Kini Project L sudah mengumumkan nama rasminya iaitu 2XKO.

2XKO akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, dan PC pada tahun depan.

Lain dari pada Marvel vs Capcom, 2XKO membenarkan anda bermain secara kompetitif dan bersama-sama rakan anda.

Pemain boleh bermain bersama-sama dalam satu pasukan dan mengawal salah satu champion yang dipilih.

Anda bakal menggunakan Champion daripada alam League of Legends.

Setakat ini hanya Ahri, Ekko, Darius dan Yasuo yang mempunyai kuasa hampir sama dengan versi League mereka.

Ekko mampu membuat klon dari dirinya sendiri.

2XKO bakal membuat kemunculan seterusnya di EVO Japan 2024 pada April ini.

RELATED NEWS

+