Bintang WWE akan main Among Us di WWE Superstar Gaming Series

World Wrestling Entertainment telah mendedahkan rancangan baharu yang bertajuk WWE Superstar Gaming Series untuk perkhidmatan siaran TV mereka WWE Network. Rancangan ini juga akan muncul di platform-platform digital WWE.

Rancangan ini akan disiarkan buat pertama kali pada 30 Disember ini pada waktu 1AM (waktu Malaysia). Ia akan dipengacarakan oleh Greg Miller dari Kinda Funny Games dan penggusti profesional Xavier Woods.

Dalam WWE Superstar Gaming Series, beberapa bintang WWE seperti Ronda Rousey, The Miz, dan Adam Cole akan bermain Among Us dan WWE 2K Battlegrounds. Pempengaruh terkenal seperti YouTuber Lele Pons dan FaZe Adapt juga menyertai rancangan ini.

Pada waktu ini, WWE tidak menyatakan sama ada rancangan ini akan diteruskan atau hanya disiarkan untuk satu episod sahaja.

Sumber: WWE

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+