Pelukis Tattoo Randy Orton Memfailkan Saman Ke Atas 2K Games dan WWE

Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba saja WWE dan 2K Games disaman kerana pelanggaran hak cipta.

Catherine Alexander, artis tattoo bagi peninju profesional Randy Orton memfailkan saman itu kerana mendakwa dia mempunyai hak ke atas rekaan ke atas badan Orton yang juga dipaparkan dalam permainan video tinju 2K.

Dalam game WWE yang diterbitkan 2K Sports, tattoo Orton dilukis dengan teliti dan menggambarkan tattoo Orton yang sebenar. Ketepatan tattoo itu menyebabkan Alexander menyaman dua organisasi itu kerana tidak mendapatkan kebenaran menggunakan rekaannya dalam permainan.

Alexander juga mengatakan ini bukan kali pertama WWE menerima dakwaan berkaitan ini. Sebelum ini, dia pernah menaikkan isu itu pada 2009 dan ditawarkan USD450 sebagai pampasan dari syarikat itu untuk menggunakan rekaan tattoo buatannya. Dia menolak tapi kes itu tak diselesaikan sampai sekarang.

Tiada maklumat lanjut untuk lawsuit itu buat masa sekarang jadi masih menjadi tanda tanya berapa Alexander meminta pampasan kerana pelanggaran hak cipta ini. Sebelum ini 2K Games pernah menerima saman berkaitan LeBron James dan tattoonya. Artis tattoo James menyaman 2K kerana menggunakan tattoo pemain profesional bola keranjang itu dalam NBA 2k17.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+