Black Desert Mobile Perkenalkan Sorceress. Boleh Teleport, Guna Dark Magic

Akhirnya, peminat Black Desert Mobile boleh bersorak gembira sebab ada karakter baru yang diperkenalkan iaitu Sorceress.

Karakter ini sudah pun hadir ke pelayan (server) rasmi dan dia terkenal dengan sumpahan, magis yang lebih dark untuk berlawan di medan pertempuran. Kelebihan Sorceress adalah memperkenalkan kombat baru berupa serangan bertubi-tubi sepantas kilat dan boleh teleport-dash.

Dilengkapi Amulet dan Talisman, Sorceress mendominasi medan pertarungan dengan gabungan serangan jauh dan dekat bagi mengenakan critical hits selain bergerak sepantas kilat. Sebagai contoh, korang boleh gunakan Phantom Crash untuk dash ke depan dan serang atau Wrath of Chaos untuk serangan teleportasi digabung dengan letupan dark energy.

Selain itu, sistem Enchantment juga diperkenalkan. Pemain boleh enchant senjata dan kelengkapan menggunakan Magical Residue.

Lebih menarik tahun ini, Pearl Abyss (pembangun) akan hoskan Kejohanan Dunia Black Desert Mobile – Ramoness! dari Februari hingga Mac tahun ini. Korang boleh daftar di SINI untuk maklumat lanjut.

RELATED NEWS

+