Bosan dengan PUBG Mobile? Ini 5 Battle Royale anda boleh cuba

PUBG Mobile nyata selama ini masih mendominasi sebagai permainan battle royale mudah alih yang popular.

Namun, banyak lagi sebenarnya permainan battle royale yang boleh bersaing dan membawa kelainan selain PUBGM.

Jom kita lihat permainan Battle Royale anda boleh cuba selain PUBGM:

1. Final Fantasy VII: First Soldier

Baru saja boleh dimainkan pada 17 November, Final Fantasy VII: First Soldier adalah battle royale terbaru untuk peranti mudah alih. Anda akan bermain sebagai Soldier pelatih yang akan masuk ke dalam simulasi untuk berlawan dengan Soldier lain.

Sudah pasti penambahan kuasa Magic yang berbeza seperti Fira, Aero, Gravity dan Blizzard juga ada. Ditambah dengan permainan menggunakan pedang atau mengikut class masing-masing.

Paling menarik, anda boleh memanggil makhluk untuk membantu anda seperti Ifrit.

2. Black Survival

Black Survival adalah sedikit unik dan berbeza dari permainan battle royale yang lain. Permainan video ini menggunakan battle royale tetapi genre point and click.

Anda akan diletakkan di satu pulau dan hanya perlu click sahaja dan terdapat 22 peta untuk diterokai untuk kelangsungan hidup.

3. Call of Duty Mobile – Mod Battle Royale

Call of Duty Mobile mendapat pelancaran permainan video paling besar setakat ini. Permainan CODM begitu baik termasuk mempunyai mod battle royale seramai 100 orang.

CODM boleh membawa sedikit kelainan dari PUBG Mobile dengan cara bermain pantas.

4. Free Fire Max

Free Fire boleh dikatakan lawan terbesar PUBGM dan tidak hairanlah apabila ia mendapat jutaan muat turun di serata dunia.

Free Fire Max pula adalah versi kemaskini dengan grafik yang lebih baik dari versi yang asal.

Mungkin ketiadaan pintu dalam Free Fire akan memberi anda sedikit rasa berbeza daripada PUBG Mobile.

5. Super Mecha Champion

Super Mecha Champion menggabungkan anime dan robot besar. Anda boleh memilih dari pelbagai jenis karakter dan robot yang masing-masing mempunyai keupayaan berbeza dan menarik.

Dari tembakan laser, peluru berpandu dan pedang besar, banyak lagi Super Mecha yang anda boleh pilih untuk kegunaan anda.

Apa lagi permainan video battle royale di peranti mudah alih yang kami terlepas? Jangan lupa cuba!

RELATED NEWS

+