COD Mobile World Championship Final 2021 – atas talian sepenuhnya, dibahagi kepada Timur dan Barat

Berikutan pandemik Covid-19 yang masih melanda dunia, Activision terpaksa menganjurkan kejohanan dunia COD: Mobile World Championship Final 2021 mereka secara dalam talian sepenuhnya.

Bahkan, kejohanan ini juga akan dibahagikan kepada dua zon iaitu Timur dan Barat.

Bagi kejohanan Barat Akhir ia akan diadakan pada 4 dan 5 Disember manakala Timur Akhir akan diadakan pada 11 dan 12 Disember. Setiap zon ini akan memperuntukkan 12 slot pasukan daripada kejohanan akhir peringkat serantau. 

Berikut ialah peruntukkan pasukan bagi setiap zon:

Barat

  • LATAM playoffs – 4
  • Amerika Utara playoffs – 3
  • NA Masters – 1
  • Eropah playoffs – 3
  • EU Masters – 1

Timur

  • Asia Selatan dan Timur Tengah playoffs – 4 
  • Jepun playoffs – 2
  • Garena Finals – 3
  • China – 3 

12 pasukan ini akan bersaing menggunakan format yang sama iaitu empat pasukan terbaik akan ditentukan melalui perlawanan round-robin pada hari pertama sebelum ke playoffs. Akan berlaku dua penyingkiran pada pusingan playoffs untuk menentukan gelaran juara. 

Wakil Malaysia iaitu Yoodo RSG dan Sem.9 tidak berjaya mendapatkan tempat untuk ke kejohanan ini selepas tewas di peringkat kumpulan pada kejohanan Akhir Garena. Tetapi masih ada kejohanan seterusnya untuk mereka buktikan kehebatan mereka. 

Kejohanan ini akan ditayangkan secara langsung melalui saluran rasmi Call of Duty: Mobile di Twitch dan YouTube.

Sumber: Dot Esports.

RELATED NEWS

+