Free Fire MAX dilancarkan di iOS dan Android

Free Fire MAX kini tersedia untuk dimuat turun di Malaysia di Android dan iOS.

Permainan yang dikemaskini ini menawarkan pemain Free Fire dengan pengalaman yang dipertingkatkan. Pemain juga dapat menikmati peta yang lebih realistik dan pengalaman permainan lebih mendalam serta pelbagai ciri baru.

Craftland

Craftland adalah ciri eksklusif Fire Free MAX yang membolehkan pemain membuat peta mereka sendiri menggunakan telefon bimbit pemain dan boleh dikongsi serta dimainkan dengan rakan-rakan.

Pemain boleh memasukkan pelbagai objek, bangunan, struktur, dan hiasan ke peta mereka sendiri untuk pengalaman sosial dan menyeronokkan dengan rakan.

Ini membuka ruang bagi pertandingan ruangan khusus yang menarik seperti dilihat dalam acara penstriman langsung Moco Madness diadakan pada awal bulan September.

Peta yang lengkap dan sudah disiapkan boleh dimainkan oleh pemain Free Fire dan Free Fire MAX di mana pemain dapat berkongsi peta yang dicipta oleh mereka untuk dihoskan oleh orang lain. Dengan kemaskini terbaru, pemain kini boleh menyukai, melanggan, dan berkongsi peta kegemaran mereka untuk menunjukkan sokongan mereka kepada pencipta.

Permainan

Permainan ini menerima penambahbaikan kepada audio dan visual seperti animasi pergerakan dan bunyi tembakan. Malah, animasi asas seperti bergerak pun kini lebih lancar. Terdapat juga animasi khas apabila pemain memakan cendawan atau membuka payung terjun apabila mendarat di Bermuda. 

Senjata juga mendapat kemas kini. Efek bunyi serta visual sudah dipertingkatkan seperti animasi mengisi peluru, tembakan serta garis peluru.

Raikan Bersama Streamer

Sempena pelancaran global, sertai streamathon yang akan berlangsung selama dua hari yang bermula pada 9am hingga 12am, pada 29 dan 30 September.

Anda mampu memenangi skin seperti Flaming Dragon AK47 serta Underground Howl M1014 dengan menonton stream-stream ini! 

RELATED NEWS

+