BTR kembali konsisten, tumbangkan EVOS Legends 2-0

Pertarungan kedua hari pertama minggu kelapan MPL Indonesia musim kelapan menyaksikan pasukan BTR bertemu dengan EVOS Legends.

EVOS Legends sebelum ini kehilangan momentum mereka gara-gara Ferxiic tidak konsisten ketika ini. 

Pasukan BTR juga semakin kuat selepas Bottle mula turun bermain sebagai jungler menggantikan Branz. Branz beralih ke posisi gold lane untuk bermain marksman.

Mereka berjaya memenangi perlawanan pertama dengan menggunakan draft Baxia sebagai jungler.

Perlawanan kedua diteruskan dan EVOS Legends membawa masuk Ch4kim untuk turun bermain menggantikan Clover.

Ternyata draft pasukan BTR lebih agresif dengan menggunakan Balmond dan Baxia untuk mengawal peta. EVOS Legends mengalami kesukaran untuk menumbangkan Bottle dan mereka harus akur dengan kekalahan pada minit ke-26.

RELATED NEWS

+