Siri permainan Splinter Cell sudah lama tidak dikemas kini. Kali terakhir siri ini dikemas kini adalah dengan pelancaran Splinter Cell Blacklist yang dilancarkan pada pelantar PlayStation 3 dan Xbox 360.
Splinter Cell Blacklist juga diterima secara negatif oleh peminat tegar siri ini kerana elemen permainan yang diubah dari permainan asal.
Kini, Ubisoft ingin membawa pengalaman Splinter Cell asli ke peminat generasi kini.
Ubisoft mengumumkan pembangunan permainan buatan semula Splinter Cell asli yang dilancarkan pada tahun 2002, sekitar dua dekad lalu.
Ubisoft juga menjanjikan untuk mengekalkan elemen menyelinap asal permainan 2002 sambil menjadikannya selesa untuk bermain untuk pemain moden.
Ia sedang dibangunkan oleh Ubisoft Toronto, dan syarikat itu berkata ia akan menggunakan enjin Snowdrop yang dibangunkan bersamanya.
Permainan ini tidak akan menjadi permainan dunia terbuka seperti dijangka ramai, tetapi ia akan mengikut permainan aslinya di mana setiap tahap mempunyai pilihan strategik untuk dipilih pemain agar dapat mengatasi halangan tahap itu.
Grafik permainan juga akan menerima peningkatan agar bersesuaian dengan generasi ini.
Ubisoft Toronto bukanlah orang asing kepada Splinter Cell, permainan terakhir dalam francais, Blacklist yang dilancarkan pada 2013, adalah permainan pertama yang dibangunkan oleh studio itu.
Sejak itu, ia membangunkan permainan seperti Far Cry 5 dan 6 dan Watch Dogs: Legion.
Peminat masih berhati-hati dengan permainan Ubisoft atas usaha mereka ingin mengintegrasikan NFT kepada permainannnya.
Discord baru-baru ini membatalkan niat mereka untuk menyepadukan NFT ke aplikasi selepas amarah pengguna aplikasi komunikasi itu.
Sumber rujukan: The Verge