Cabal Mobile: Game MMORPG Terkenal, Cabal Online Bakal Tiba Di Mobile

Gamers sekitar tahun 2000an, masihkah korang ingat Cabal Online?

ESTsoft iaitu pembangun asal Cabal Online bakal melakukan ‘comeback’ untuk game MMORPG percuma yang popular semasa dilancarkan pada 2008. 

10 tahun ke hadapan, pembangun berasal dari Korea Selatan akan membawakan keseronokan sama di PC iaitu pemilihan pelbagai karakter dengan kebolehan unik, pengembaraan dungeon berskala besar dan banyak lagi ke dalam versi mobile. 

Versi mobile akan memperkenalkan ciri baru ‘Auto Quest’ yang memudahkan permainan Cabal Mobile di mana sahaja korang berada. Saksikan trailer Cabal Mobile di bawah.

Cabal Mobile akan membuka beta tertutup bermula dari 13 Mac sehingga 17 Mac di Korea Selatan terlebih dahulu. Pendaftaran masih lagi dibuka dan korang boleh daftarkan untuk beta mobile di Android sahaja di sini.

ESTsoft telah mengesahkan bahawa mereka merancang untuk lancarkan Cabal Mobile di seluruh dunia dalam tempoh tahun 2019.

Sumber: MMO Culture

RELATED NEWS

+