15 juta pemain."> 15 juta pemain." /> 15 juta pemain." />

Call Of Duty: Warzone Perkenalkan Mod Solos

Landskap permainan video genre battle royale digegarkan baru-baru ini apabila Activision melancarkan Call of Duty: Warzone. Dalam masa kurang daripada seminggu, ia mencatat lebih daripada 15 juta pemain.

Kemaskini terbaru untuk Warzone memperkenalkan mod permainan baharu iaitu Battle Royale Solos. Dalam mod ini, para pemain tidak akan berpasukan dan setiap individu harus bertarung secara berseorangan untuk menjadi juara.

Sebelum ini, Warzone hanya mempunyai dua mod permainan iaitu Plunder dan Battle Royale di mana setiap pemain akan membentuk pasukan tiga pemain. Jika anda tidak gemar dengan sikap pemain lain yang tidak memberikan kerjasama, mod baru ini sesuai untuk anda.

Jika anda dibunuh dalam Battle Royale Solos, anda masih akan dihantar ke Gulag dan berpeluang untuk masuk semula perlawanan. Anda juga boleh membeli self-revive kit untuk menghidupkan semula diri anda jika dilemahkan (downed).

Call of Duty: Warzone kini boleh dimain secara percuma di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One.

Sumber: Call of Duty (Twitter)

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+