Call of Duty: Vanguard dijangka tiba minggu ini melalui Warzone

Call of Duty: Vanguard dijangkakan akan didedahkan pada Khamis ini, 19 Ogos di dalam Call of Duty: Warzone.

Pelbagai pengguna media sosial melaporkan PlayStation Store mula menunjukkan iklan mengenai pendedahan itu yang dikatakan akan mengambil tempat pada 10.30 am PT (Jumaat, 20 Ogos, 1.30 pagi waktu Malaysia). Iklan itu juga menyatakan pendedahan itu akan diadakan di dalam permainan battle royale, Call of Duty: Warzone. 

Iklan di PlayStation Store tidak muncul pada semua pengguna, dan ianya masih tidak jelas sama ada ini adalah teaser misteri, atau satu kesilapan. 

Ia adalah taktik yang sama yang digunakan semasa pengumuman Call of Duty: Black Ops Cold War tahun lalu di mana permainan baru diumumkan di dalam battle royale melalui acara khas. 

Ketirisan pada minggu lepas mengesahkan sarikata permainan Vanguard, membantu menguatkan idea bahawa ia akan mengambil tempat semasa Perang Dunia Kedua yang disebut beberapa kali di dalam pelbagai edisi termasuk rujukan kepada beta terbuka. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+