Cara lawak Call of Duty Warzone untuk lawan penggodam

Mengharamkan penipu sudah menjadi satu rutin yang sangat susah dalam Call of Duty Warzone.

Para penipu ini apabila digantung mereka akan membuat akaun baru. Jadi Call of Duty sedang mencari cara untuk melawan eksploitasi ini.

Digelar ‘Damage Shield’ iaitu perisian anti-penipuan Ricochet.

Apa yang perisian ini buat ialah peluru yang ditembak oleh penipu akan dilantunkan dari pemain lain yang tidak menipu.

TimTheTatman salah seorang Youtuber permainan video menunjukan mod ini apabila terjumpa seorang penggodam.

Activision juga ada membuat pengumuman untuk perkara ini.

Apabila server menjumpai seorang pemain yang menipu, Damage Shield akan diaktifkan.

“Kami akan sentiasa menganggu perlawanan di antara pemain yang baik dan penipu,” kata Activision.

Jadi apa yang Activition buat adalah untuk ‘troll’ para penggodam supaya menyusahkan mereka dan menggembirakan pemain yang tidak menipu.

RELATED NEWS

+