Cara untuk mendapatkan Shiny Zeraora dalam Pokemon Sword & Shield

Penambahan kandungan pertama Pokemon Sword & Shield iaitu The Isle of Armor kini telah dilancarkan. The Pokemon Company meraikan pelancaran ini dengan mengadakan sebuah cabaran menarik untuk semua pemain.

Bermula dari 17 Jun sehingga 28 Jun ini, para pemain Pokemon Sword & Shield berpeluang mendapatkan Shiny Zeraora. Pokemon tersebut akan diberikan kepada semua pemain jika sejuta pemain mengalah Zeraora dalam Max Raid Battles.

Berikut adalah syarat-syarat untuk mendapatkan Shiny Zeraora:

  • Pemain harus memindahkan satu Pokemon dari Pokemon HOME ke Pokemon Sword & Shield dalam tempoh acara ini.
  • Shiny Zeraora akan diberikan melalui aplikasi Pokemon HOME di peranti mudah alih.
  • Zeraora yang muncul dalam Max Raid Battles tidak boleh ditangkap.
  • Sambungan internet dan Wild Area News yang terkini diperlukan untuk menemui Zeraora.
  • Wild Area News akan diterima secara otomatik apabila Nintendo Switch disambung ke internet.
  • Pemain juga boleh mendapat Wild Area News secara manual dengan memilih “Get the Wild Area News” di bahagian “Mystery Gift” di bawah X menu.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, anda boleh melayari laman web rasmi Pokemon.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+