Ceb pernah bagi Item Dota 2 mahal untuk ‘paksa’ rakan sepasukan guna hero lain

Siapa sangka ada cara mudah untuk anda paksa pasukan bermain hero yang mereka tidak suka.

Inilah yang dilakukan oleh Sébastien “Ceb” Debs, pemain profesional Dota 2 yang sudah bersara.

Bekas pemain OG itu memberi item Dota 2 mahal kepada rakan sepasukan untuk “memaksa” mereka bermain hero itu.

Semua bermula apabila Ceb mencari item Lina untuk digunakan dan diberikan kepada Topson.

“Saya sebenarnya memberikan item Lina kepada Topson sebab nak dia bersetuju bermain Lina,” katanya.

Punca sebenarnya dia memberi item itu adalah kerana dia mahu membuat rakan sepasukan bermain hero yang mereka enggan bermain.

“Strategi ini benar-benar berhasil,”  ujar Ceb.

Ceb tidak pula memberitahu item apa yang diberikan kepada tetapi berkemungkinan ia adalah set Arcana Fiery Soul Lina yang digunakan selalu oleh Topson.

RELATED NEWS

+