Celiboy keluar Alter Ego?

Eldin Rahadian “Celiboy” Putra adalah nama yang tidak asing lagi di dalam arena kompetitif e-sukan Mobile Legends. Beliau sudah bermain untuk pasukan Alter Ego selama dua tahun ketika ini.

Alter Ego Esports baru sahaja mengucapkan terima kasih kepada Celiboy sebentar sahaja tadi di atas jasanya bermain di MPL ID. Pengumuman itu dibuat di sebuah hantaran Instagram rasmi mereka.

Jika dilihat dari sudut Celiboy pula, beliau ada memuat naik Instagram Story mengatakan sudah dua tahun di dalam pasukan namun gagal membawa sebarang piala.

Belum ada kata putus sama ada beliau sudah dikeluarkan dari pasukan. Namun begitu, ada juga netizen mengatakan beliau kini sudah pun memasuki satu pasukan lain iaitu Sadboys Team. Sejauh mana kebenaran ini pasti akan terjawab di Kejohanan Jemputan Mobile Legends 2021 (MPLI 2021) nanti.

Foto: Alter Ego Esports

RELATED NEWS

+