Moonton Games lancar fungsi sokongan untuk penganjur bagi e-sukan MLBB

MOONTON Games kini bekerjasama dengan tiga pelantar pengurusan e-sukan untuk melancarkan fungsi sokongan dalam e-sukan Mobile Legends: Bang Bang.

Laman sesawang ini digelar MLBB Third-Party Tournament iaitu satu sesawang yang membenarkan penganjur pertandingan untuk menggunakan pelantar itu bagi mengurus pemain dan data pertandingan dengan lebih mudah.

Pelantar ini boleh digunakan oleh organisasi besar mahupun kecil.

Kesemua fungsi boleh digunakan untuk pelantar ini.

Kerjasama pelantar ini adalah diantara MOONTON Games dengan Battlefy, Challonge,dan Tournament.

“Pokok pangkalnya, kami mahu memberikan penganjur di luar sana untuk membolehkan mereka bebas menjalankan operasi dan berdikari,” ujar Ray Ng, Ketua Ekosistem E-sukan MOONTON Games.

Penganjur juga boleh menganjurkan pertandingan kecil mereka sendiri menggunakan MLBB Tournament Tool.

Bagi penganjur yang mau menjalankan pertandingan lebih besar, mereka boleh mendapat sokongan tambahan dengan menyenaraikan diri mereka dalam kategori Major Community Tournament License.

Buat penganjur, anda boleh menggunakan kod QR unik mengikut pertandingan anda.

Bagi acara pertandingan besar pula anda boleh mendapatkan akses server dengan kesemua hero dan emblems, kebenaran untuk menggunakan logo MLBB dan sokongan pemasaran dari mana-mana saluran MLBB rasmi.

MLBB juga menjanjikan akan terus melabur dan berkolaborasi dengan komuniti untuk membentuk masa depan permainan video kompetitif. 

Maklumat lanjut di laman rasmi MLBB Third-Party Tournament.

RELATED NEWS

+