CEO RRQ, Andrian Pauline sasar juara MPL Brazil musim kedua

Baru-baru ini, organisasi RRQ baru sahaja mengumumkan mereka melebarkan sayap mereka ke Brazil untuk membentuk RRQ Akira yang akan diwakili bekas pemain Keyd Stars.

Dalam satu temubual ONE Esports bersama CEO RRQ iaitu Andrian Pauline, dia menyatakan harapannya untuk pasukan baru itu. 

“Selepas mengambil kira keputusan bersama, kami fikir Brazil sangat sesuai untuk pelan perkembangan organisasi kami.

“Kami juga berbincang dengan banyak rakan e-sukan seperti Garena, MOONTON Games, Nimo dan lain-lain sebelum kami memutuskan untuk pergi ke Brazil,” ungkapnya.

Andrian juga terbuka terhadap sebarang kemungkinan untuk membawa pemain atau jurulatih Indonesia bagi memperkuatkan pasukan itu. Dia juga percaya bahawa sebarang pengurusan yang membabitkan pasukan itu akan diuruskan oleh orang Brazil.

“Jika perlu, ya kami boleh mempertimbangkan pilihan itu. Tapi untuk saat ini, mereka sudah memiliki pengurus dan jurulatih sendiri jadi kita lihat ke depan apa yang boleh ditambahkan ke dalam pasukan.

“Kami berharap masa depan akan cerah untuk perkembangan kami di Brazil,” katanya.

Ketika ditanya tentang sasaran awal untuk MPL Brazil musim kedua, beliau menjawab “Juara”.

Adakah kita akan melihat pemain atau jurulatih dari Indonesia akan datang ke Brazil untuk memperkuatkan pemain-pemain RRQ Akira ini? Kita bakal saksikan.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+