CS:GO: FrostFire Berjaya Raih Tempat Kelapan Di IeSF 2018 Di Taiwan

Pasukan profesional CS:GO, FrostFire berpuas hati di tempat kelapan pada acara Kejohanan Dunia International Esports Federation (IeSF) yang berlangsung sejak minggu lepas di Taiwan.

FrostFire dianggotai oleh Aiman Azham (AimaNNN), Ashraf Firdaus (acAp), Azim Shaharudin (CHAPMAN), Ahmad Khalish Rusyaidee Nordin (d4v41) dan Shamir Zaman (Subbey).  

Di Group Stage, FrostFire berjaya menundukkan pasukan tuan rumah, Sad Story dengan markah sengit 16-14 dan seterusnya mendominasi group itu dengan markah 16-5 ke atas MLD dari Macau.

Mereka kemudiannya sekali lagi mendominasi di peringkat 16 teratas dengan kemenangan percuma ke atas Vijay eSport (16-8, 16-11). Bagaimanapun, perjalanan mereka terkandas di suku akhir berdepan skuad jemputan yang hebat dari Thailand, Beyond Esports.

Dengan markah 4-16 dan 1-16 di peta Dust II dan Mirage, perjalanan FrostFire terpaksa ditamatkan lebih awal. Apa-apa pun tahniah kepada mereka!

Korang boleh menyaksikan perlawanan mereka yang berlangsung sejak minggu lepas dalam pautan video di bawah:

RELATED NEWS

+