5 detik-detik memalukan dalam sejarah e-sukan

Banyak detik-detik bersejarah dalam e-sukan ada yang hebat dan tidak semuanya boleh dilupakan begitu sahaja. Ada juga yang memalukan.

Ini lima detik-detik memalukan dalam sejarah e-sukan:

1. Tragedi Silver Scrapes – League of Legends

Kejadian ini berlaku ketika lagu Silver Scrapes masih kekal popular dan sebagai meme.

Ketika NA LCS Playoff Finals Spings 2017, MarkZ yang juga penganalisis cuba menaikkan semangat penonton bagi perlawanan akhir namun lain pula jadinya.

2. Seluruh pasukan mati di zip-line – VALORANT

Siapa sangka pertandingan berprestij seperti Valorant Champions 2022 Istanbul terjadi hal seperti ini.

Senario ini dilakukan oleh Crashies dari pasukan OPTC ke atas Boom Esports.

Dia berjaya mendapatkan posisi dan malang tidak berbau apabila kelima-lima ahli pasukan Boom Esports menggunakan zipline bersama-sama.

Crashies mengambil peluang ini untuk terus menembak mereka semua dan mendapatkan Ace.

3. Video We Are Fnatic – Counter Strike: Global Offensive

Promosi video, pengumuman pemain dan jersi baru tidak asing lagi buat pasukan e-sukan yang ada.

Ada yang sangat hebat, menarik dan ada juga yang tidak begitu memberangsangkan.

Video promosi dari Fnatic ini hanya penuh dengan perasaan cringe.

Bagi Fnatic perkara ini sangat memalukan sehingga organisasi itu sendiri membuang video ini dari Youtube.

Hal ini sudah terlambat apabila ramai berjaya memuat turun video ini.

4. Mengabaikan DJ Khaled di Overwatch League – Overwatch

Persembahan musik di acara e-sukan selalunya menarik tetapi banyak juga yang membosankan.

Mungkin disebabkan penonton tidak suka atau penonton rasa tidak perlu.

Banyak acara musikal ketika pertandingan e-sukan bosan seolah-olah ahli musik itu memalukan diri mereka sahaja.

Ini yang berlaku kepada DJ Khaled ketika cara Overwatch League apabila penonton tidak cuba untuk mengikut kehendak penyanyi.

5. Temubual IBOY di Worlds 2017 – League of Legends

Tidak semua pemain e-sukan boleh menjawab persoalan temubual mereka. Ada juga yang mencuba. 

Namun, tidak untuk iBoy dari EDG apabila dia mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan.

Detik apa lagi yang anda rasa penuh saat sebegini ketika acara e-sukan?

RELATED NEWS

+