CS:GO: Orange Sphynx Layak Ke Dreamhack Showdown, Sepanyol – Tahniah Diucapkan!

Selepas menewaskan saingan dari Kota Singa, akhirnya Orange Sphynx berjaya melayakkan diri mereka ke Valencia, Sepanyol bagi pertempuran akhir untuk kejohanan Dreamhack Showdown!

Pasukan CS:GO wanita dari Malaysia ini menundukkan skuad Phoenix dari Singapura di kejohanan Zowie Divina Asia dengan markah 2-0 di lower bracket finals

Mereka diwakili oleh Ramona Azween (GFi#) sebagai kapten, Aisya Sabrina Sabri (Argent), Shanice Choo Xin Ru (Alaska), Jasmine Christina Sim Huiyan (Jazminism) dan Iffah Nazurah Saidi (3ve).

Mereka akan bertarung semula bersama pasukan CS:GO wanita yang terbaik di dunia pada 5 Julai – 7 Julai ini di Sepanyol bagi merebut hadiah wang tunai terkumpul RM400,000.

Selain pasukan Orange Sphynx, turut layak ke kejohanan berprestij itu ialah skuad dari China iaitu 7PM.Female.

Twit di atas ini pula adalah senarai penuh pasukan yang akan bertanding di sana nanti.

Ulang semula stream untuk tournament di Zowie Divina Asia ini boleh ditonton menerusi https://www.twitch.tv/ZOWIEDIVINA

RELATED NEWS

+