M3: Curi Pharsa di perlawanan ketiga menjadi kunci kemenangan Blacklist

Kemenangan pasukan Blacklist International ke atas ONIC ID sebentar tadi amat mengejutkan para peminat dari Indonesia. Ini kerana, Blacklist International ditewaskan dengan mudah oleh ONIC ID di Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI).

Terhentinya perjalanan satu pasukan dari Indonesia menyebabkan RRQ Hoshi kini menggalas tanggungjawab itu sendirian. Mereka akan bertemu dengan pasukan ONIC PH untuk menentukan siapakah akan mara ke peringkat seterusnya.

Di dalam sebuah temubual media terhadap wakil Blacklist International tentang perlawanan sebentar tadi. Beliau memberikan kenyataan tentang perlawanan ketiga, “Hero yang mereka selalu yakin untuk digunakan adalah Pharsa. Jadi, itu sebab kami mengubah cara mereka draft dan mereka akhirnya tumbang di mana anda dapat lihat bagaimana perlawanan ketiga amat berat sebelah kepada pasukan Blacklist” ujar beliau.

Ditanya tentang wajah baru Edward. “Ketika peringkat kumpulan, rambut beliau jatuh ke bawah seperti super saiyan yang normal. Jadi di dalam peringkat lower bracket playoff, kami tahu rambut seseorang itu akan terpacak ke atas jika beliau menggunakan mod super saiyan seperti prestasi Edward yang kita dapat lihat ketika perlawanan sebentar tadi. Beliau terus mengaktifkan mod Super Saiyan.” tambah wakil Blacklist itu.

Pasukan Blacklist International akan mara ke peringkat seterusnya untuk bertemu dengan pemenang perlawanan di antara pasukan Bedel dan Keyd Stars. 

Foto: Moonton Games

 

RELATED NEWS

+