Dataminer menemukan pelbagai perkara baru pada kemaskini Pokemon UNITE 1.2.1.7

Pokemon UNITE adalah permainan MOBA yang semakin popular masa kini terutamanya bagi pengguna Nintendo Switch dan peranti mudah alih.

Baru-baru ini, para dataminer melalui laman twitter mereka, menyatakan mereka menemukan beberapa perkara baru yang akan tiba di permainan itu melalui kemaskini akan datang. Antaranya ialah mob, pakaian pemain dan pakaian bertemakan Halloween.

Seperti pengguna Twitter @eclipse_tt berkongsikan senarai pengenai karakter yang boleh dimainkan dan beberapa senarai Mob. 

Selain itu beberapa pengguna Twitter @ElChicoEevee dan @ChowZ_Channel juga berkongsikan beberapa rekaan pakaian baru bagi karakter pemain dan pakain bertemakan Halloween. 

Mereka juga turut menemukan beberapa rekaan pakaian seperti pakaian bertemakan Halloween dan Sports. 

Selain pakaian, mobs, dataminer turut menemukan beberapa battle item baru yang akan kemungkinan akan tiba melalui kemaskini akan datang. Apa-apa pun buat para pemain dan peminat Pokemon UNITE nantikan apa yang pihak pembangun akan berikan kepada anda nanti.

Pokemon UNITE kini tersedia untuk pemain di platform Nintendo Switch, Android dan iOS. 

Sumber: GamingonPhone.

RELATED NEWS

+