Logan Paul dan Nick Kyrgios mahu tubuh pasukan Pokemon UNITE

Pokemon UNITE Championship Series 2024 akan hadir tahun ini.

Personaliti internet terkenal, Logan Paul dan bintang tennis Australia, Nick Kyrgios mahu menubuhkan satu pasukan baru untuk Pokemon UNITE.

Kyrgios memperkenalkan Pokemon UNITE kepada Logan Paul dan sejak itu Logan sangat ketagih bermain Pokemon UNITE.

Pengumuman ini dibuat di laman sosial X Logan Paul.

Logan dan Nick kini bermain di peringkat Master Rank (rank tertinggi Pokemon UNITE) dengan kemenangan 80%.

Mereka berdua kini sedang mencari tiga lagi pemain untuk penubuhan pasukan ini.

Tahun lepas di Yokohama, juara untuk Pokemon UNITE World Championship 2023 adalah Luminosity Gaming.

RELATED NEWS

+